Fact Dowh - Perkara Yang Aku Suka Tentang Menjadi Pelajar

Posted by docche | Posted in | Posted on 6:00 PM


Hey u all

Ada tak korang yang membaca blogdowh yang masih belajar, tidak kisah sekolah menengah ataupun kolej. Apa yang korang rasa, seronok atau tidak. Atau korang nak cepat-cepat meningkat dewasa supaya korang boleh keluar dari rumah ibu dan ayah korang dan get your own life. Well, itu terpulang kat korang, setiap orang ada pendapat masing-masing macam mana nak mencorakkan kan kehidupan korang. 

Aku masih lagi seorang student yang sedang belajar di peringkat kolej atau universiti kalau nak rasa glamor sikit. Dan aku masih mempunyai baki 2 tahun setengah sebelum aku menamatkan pengajian aku. Sejak di bangku sekolah menengah, aku rasa zaman persekolahan la yang paling seronok. Tapi bila aku dah meningkat dewasa dan belajar di kolej, aku rasa bukan zaman persekolahan yang seronok tetapi proses pembelajaran itu yang sebenarnya menyeronokkan jikalau kita tahu maknanya lagi-lagi pelajar kolej. Selain itu, aku juga rasa ada beberapa sebab lain yang membuatkan aku suka menjadi pelajar. Kat sini aku nak bagi tahu beberapa sebab mengapa aku cakap aku suka menjadi pelajar.......

Gila Dowh - Apa Itu Black Friday (15 gambar)

Posted by docche | Posted in | Posted on 12:00 PM

Hey u all

Pernah dengar tak pasal Black Friday atau dalam bahasa Melayu nye Jumaat yang hitam? Tak pernah? OK, meh aku cerita sedikit. Black Friday ni sebenarnya ialah hari selepas hari Thanksgiving (kat USA je)yang aku pun tak tau untuk apa hari Thanksgiving ni. Black Friday ni selalunya jatuh pada hari Jumaat selepas hari Khamis minggu ke-empat bulan November. Black Friday ni telah menjadi satu tradisi kepada rakyat USA sebelum bermulanya musim karnival beli belah Krismas di USA. 

Hari Black Friday ni merupakan hari bershoping yang paling sibuk di USA. Ada dua teori tentang bermulanya sejarah Black Friday ni. Teori pertama menyatakan bahawa hari selepas hari Thanksgiving ni selalunya menybabkan jalan raya penuh sesak di sebabkan ramai orang balik ke kampung masing-masing (tu andaian aku je pasal balik kampung ni), jalan raya yang penuh sesak dengan beribu kenderaan meninggalkan kesan hitam di atas jalan raya dan itu menyebabkan mereka memanggil Black Friday. Teori kedua pula menyatakan bahawa orang dahulu-dahulu merekodkan akaun perniagaan mereka dengan penggunaan warna yang berbeza, warna merah untuk rugi dan warna hiitam untuk untung. Sebab itu mereka memanggil Black Friday dengan harapan mereka akan memperoleh keuntungan dari penjualan pada hari Jumaat tersebut. 

Kebanyakkan penduduk USA mengambil cuti pada hari Black Friday ni untuk mengambil kesempatan hari cuti yang panjang sehingga hujung minggu. Ada yang mengambil kesempatan mengunjungi ahli keluarga yang jauh, pergi bercuti atau hanya meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Ada pula yang mengambil kesempatan bershoping untuk Krismas pada bulan Disember.

Hari Black Friday untuk tahun ni telah pun berlangsung pada tanggal 25 November yang lalu. Ada kedai yang telah membuka kedai seawal pukul 4 pagi untuk menerima jumlah pelanggan yang amat mega ramainya. Penduduk USA pula ada yang sanggup menunggu, berkhemah sehari sebelum hari Black Friday di hadapan kedai-kedai hanya untuk bershoping barang-barang yang murah. Kalau la Black Friday ni ada kat Malaysia, bagaimana la keadaan nya pulak kan? Dan apakah nama khas yang penduduk Malaysia akan gelarkan hari Jumaat tersebut? Adakah Friday Sale atau Crazy Friday atau entahla, aku pun tak tau. Kat bawah ni ada sedikit gambar sempena hari Black Friday.

  


Bengong Dowh - IPhone SIRI Boleh Membantu Anda Mencari Senjata, Segala Jenis Dadah & Macam-Macam Lagi Tetapi Bukan Tempat Pengguguran

Posted by docche | Posted in | Posted on 6:00 AM

Hey u all

Korang semua tahu kan yang "IPhone 4S" terbaru keluaran APPLE ada sistem yang di panggil SIRI. Bagi korang yang tak tahu ape itu SIRI, SIRI ni adalah aplikasi Iphone 4S yang terbaru di mana sekiranya kita bertanya kepada SIRI, SIRI akan mencuba sedaya upaya mencari jawapan kepada persoalan anda tadi melalui internet walaupun kadang-kadang jawapannya adalah sangat bengong dan menyakitkan jiwa dan perasaan. Korang semua mesti dah tengok banyak video mengenai SIRI ni kan?

SIRI ni adalah sangat popular di USA kerana dengan hanya pertanyaan kepada SIRI tanpa menaip sesuatu persoalan, anda akan mendapat segala jawapan yang anda inginkan. Di USA, segala pertanyaan anda seperti di mana boleh membeli senjata, atau di mana boleh membeli dadah dan sebagainya akan di jawab oleh SIRI. Tetapi, ada sesuatu yang SIRI tidak akan menolong anda sekiranya anda bertanya soalan ini kepada SIRI di USA. Apakah soalan tersebut? 

Sekiranya anda bertanya kepada SIRI di manakah klinik pengguguran bayi yan terdekat dengan kawasan anda, SIRI tidak akan menjawab persoalan anda akan tetapi SIRI akan memberi anda alamat di mana anda boleh mencari pusat-pusat mencegah pengguguran untuk mendapat kan counseling. Wao, menarik betul si SIRI ni kan? Rupa-rupanya, SIRI ni adalah sebuah talefon pintar yang tahu nilai-nilai moral pengguguran bayi ni. Mungkin pencipta aplikasi SIRI ni ada sejarah dengan kes-kes pengguguran bayi agaknya. 


Source from uproxx.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com