Showing posts with label Tips Dowh. Show all posts
Showing posts with label Tips Dowh. Show all posts

Tips Dowh: What to Eat & What to Avoid During Ramadhan (8 gambar)

Posted by docche | Posted in | Posted on 9:30 PM

Hey u all




Tips Dowh - How to Increase Alexa Ranking Fast

Posted by docche | Posted in | Posted on 3:00 AM


Hey u all


Korang semua mesti dah tahu apa itu Alexa kan? Aku tak sampai pun 2 bulan menulis dalam blog ni. Jadi aku rasa korang lagi tahu mengenai Alexa dari aku. Cuma bagi yang tak tahu apa itu Alexa, Alexa ialah sebuah laman web yang mengumpul data mengenai jenis-jenis pengunjung dan dari mana asal usul pengunjung yang melawat sesebuah laman web atau blog. 


Kenapa penting untuk para blogger meningkatkan Alexa ranking dia orang? Kerana Alexa ranking ini menunjukkan berapa jumlah traffic yang anda terima setiap hari dan juga berapa jumlah backlink yang link ke blog korang. Lagi rendah Alexa rank korang, ini bermakna lagi bagus traffic blog korang dan lagi banyak laman-laman web yang link ke blog korang. Apa yang perlu kita buat untuk rendahkan Alexa rank blog kita?


Untuk mendapat Alexa rank yang lebih rendah, benda paling penting kita perlu buat adalah tingkatkan traffic blog dan juga tambah backlink blog kita. Semua nya berdasarkan traffic dan backlink. So, aku nak kongsi 4 cara yang kita semua boleh baut untuk rendahkan Alexa rank kita dan tingkatkan traffic blog kita.


1. Gunakan 'social media marketing'
- korang semua tahu apa itu 'social media' kan? So, cara paling bagus dan mudah untuk korang tinngkatkan traffic blog dan rendahkan Alexa rank blog korang ialah korang promosikan blog korang dan post-post korang kat 'social media' seperti facebook, twitter, google+ atau apa-apa sahaja lah yang korang tahu. Lepastu, korang boleh la minta kawan-kawan korang share post-post atau blog korang tu.


2. Join blogsphere atau blogger komuniti
- dari blogsphere atau blogger komuniti ni, korang dapat la bertukar-tukar pendapat dan berkongsi link-link. Dari sini juga korang boleh mempromosikan blog korang kepada blogger-blogger lain. Korang carila blogsphere atau blogger komuniti yang korang rasa sesuai untuk korang join.


3. Ping/Submit post korang 
- korang boleh ping/submit blog korang secara manual ke enjin carian seperti google, yahoo atau bing atau korang boleh guna plugin yang akan submit post-post korang secara automatik ke website-website lain. Korang juga boleh guna laman web ping yang free seperti pingmylink, ping-o-matic atau sebagainya.


4. Tulis komen
- korang mesti ada blog yang korang baca dan follow, betul tak? Apa kata mulai hari ni, korang bukan setakat membaca blog-blog kegemaran korang, tetapi korang juga tulis komen kat setiap post yang baru di blog-blog kegemaran korang. Dan korang mesti tinggalkan link korang kat ruangan komen tersebut. Sekiranya komen yang anda tulis itu menarik, para pembaca blog tersebut yang lain juga mungkina akan datang pula ke blog anda. Dan di samping itu, korang dapat juga backlink dari blog tersebut.


Okay, harap korang dapat manfaat dari tip-tip aku ni. kalau korang rasa tip aku yang tak seberapa ni tidak berguna langsung untuk korang atau salah, korang betulkan la ya.

Tips Dowh - How to Have 1,000,000++ PageViews Every Month

Posted by docche | Posted in | Posted on 3:00 AM


Hey u all


Korang jeles tak tengok blog-blog yang dapat 'pageviews' juta-juta tiap-tiap bulan? Mesti la jeles? Aku pun jeles. Dalam semua blog-blog Inggeris yang aku baca yang menulis pasal tip-tip berblogging ni, dia orang cuma cakap dia orang berjaya mendapatkan berjuta-juta 'pageviews' dalam masa sebulan, dia orang dapat merendahkan 'Alexa rank' dia orang dalam hanya 9 ke 21 hari. Aku baca pun jeles kut. Aku dah nak hampir 2 bulan berblogging tapi 'pageviews' pun masih sikit. 'Unique visitors' jangan cakap la, lagi la sikit. Mungkin teknik penyampaian dan pemasaran aku kurang berkesan. Hari ni aku nak share macam mana nak dapat 1 000 000 ++ a.k.a sejuta atau lebih lagi 'pageviews' unutk blog korang. Di sebabkan aku tak pernha dapat lagi, dan aku pun nak berusaha mencapai sejuta 'pageviews' sebulan, aku pinjam atau ambil tip ni dari http://www.gvishnu.com.


Bagaimana kita nak pastikan, satu 'unique visitor' yang datang ke blog kita bukan setakat membaca satu post sahaja di blog kita, tetapi mereka juga akan membaca post-post lain di blog kita? Jika kita tahu bagaimana kita boleh pastikan 'unique visitors' ini tidak hanya membaca satu post sahaja di blog kita, kita pasti akan dapat meningkatkan lagi 'pageviews' blog kita. Jadi bagaimana?


1. Buat link antara post-post yang berkaitan
- sekiranya korang ada menulis post-post yang hampir sama tajuk dan isinya, korang boleh letak link post-post yang lepas di dalam setiap post-post korang yang berkaitan tersebut. Ini akan memudahkan pengunjung untuk klik link tersebut tanpa perlu mencari nya di arkib korang.


Tekan READ MORE untuk sambung baca

Tips Dowh - Basic Steps To Increase Blog Traffic

Posted by docche | Posted in | Posted on 3:00 AM


Hey u all


Sekarang ni semua orang beriya-iya nak memiliki sebuah blog. Melihatkan beratus ribu blog yang telah wujud sekarang, kita dapat mengagak bahawa hampir semua orang menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk menyampaikan sesuatu berita atau maklumat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet. Tidak ketinggalan juga golongan remaja yang begitu taksub dengan dunia digital dan juga teknologi selain melihat blogger-blogger idola mereka meraih pendapatan dari blog. Tapi adakah remaja-remaja ini atau sesiapa sahaja yang ingin memiliki sebuah blog tahu bagaimana mereka ingin mendapatkan pembaca-pembaca setia setelah mereka memiliki blog? Hari ni aku nak cerita 3 basic steps untuk mereka-mereka yang ingin menceburi dunia blog dan juga untuk mereka yang dah menceburi dunia blog.


1. Pilih platform yang sesuai dengan blog anda atau buat sendiri platform anda
- Kita semua dah sedia maklum platform apa yang paling banyka blogger-blogger gunakan untuk mula membina blog iaitu blogspot dan wordpress. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi platform yang lain yang boleh kita pilih. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada kita untuk memilih platform yang sesuai dengan konsep blog kita agar mudah kita mengawal atau monetize blog kita. 

Ini penting kerana apabila kita mudah mengawal blog kita, blog kita akan lebih santai dan ini memudahkan kita mendapatkan traffic dah pengunjung. bagi sesiapa yang mempunyi pengetahun untuk membina sendiri platform untuk blog masing-masing, korang boleh membian sendiri platform korang tanpa menggunakan platform-platform percuma yang di tawarkan.


2.Miliki domain anda sendiri
- Aku banyak kali baca dalam blog-blog yang tulis pasal SEO dan tip-tip berblogging ni, dia orang semua cakap pasal kelebihan mempunyai domain sendiri. Aku masih tak memiliki lagi domain sendiri seperti yang korang lihat, aku masih menggunakan blogspot sebagai platform berblogging aku. Tetapi, dari pembacaan aku, mereka yang mempunyai domain sendiri dapat menarik lebih ramai pembaca dan SEO lebih tertarik untuk menyenaraikan blog anda di enjin carian mereka. Itu yang aku baca dan aku mungkin akan cuba untuk memiliki domain aku sendiri nanti apabila aku rasa dah sampai masanya untuk aku mempunyai domain sendiri. Lagipun aku tak de duit lagi sekarang. Korang kalau ada duit lebih boleh la memiliki domain korang sendiri.



3. Sentiasa menulis post untuk pambaca korang dan juga untuk SEO
- Pertama sekali korang kena tulis tajuk dan post yang menarik supaya korang boleh menimbulkan minat pembaca-pembaca korang untuk klik post korang dan membaca post korang. Apabila tajuk dan post korang menarik, pembaca korang akan tertarik dan mungkin akan share post korang. Itu secara tidak langsung membantu traffic blog korang. 

Kedua, selain korang perlu fikir bagaimana nak tulis tajuk dan post yang menarik, korang perlu memikirkan bagaimana tajuk dan post korang adalah mesra SEO. Apabila tajuk dan post korang mesra SEO, ini akan memudahkan post korang di senaraikan untuk menjana lebih traffic.




Okay, setakat itu untuk hari ni. Harap ini membantu semua orang termasuk aku sekali.

Tips Dowh - Increase Your Blog Traffic Without SEO

Posted by docche | Posted in | Posted on 3:00 AM


Hey u all


Post hari ni pasal bagaimana korang nak tingkat kan pembaca dan traffic blog korang tanpa menggunakan SEO. Ada banyak cara korang semua boleh tarik pembaca ke blog korang tanpa menggunakan SEO. Dan sebab banyak sangat, aku tak nak tulis tapi aku bagi korang tengok video yang akan menjelaskan kepada korang bagaimana nak tingkatkan pembaca dan traffic ke blog korang.




Tips Dowh - How to Bring 3000 or More Unique Visitors Everyday From Search Engine

Posted by docche | Posted in | Posted on 8:50 PM


Hey u all


Hari ni aku nak tulis pasal bagaimana kita boleh dapatkan pembaca atau 'unique visitors' ke blog kita semua melalui enjin carian. Setakat ni, daripada pengalaman aku selama 1 bulan setengah, aku rasa benda ni sangat bagus untuk korang-korang yang baru nak bertapak dalam dunia blog ni macam aku kerana kita masih belum lagi mempunyai pembaca-pembaca yang setia yang akan melawat blog kita hari-hari, betul tak? Ni dari pengalaman aku, kalau salah korang silalah betul kan ye.


1. Tulis tajuk anda menggunakan beberapa kata khusus (niche) dan mesra SEO
- korang perlu tengok trend perkataan yang sering pembaca cari  dalam enjin carian seperti Google atau trend perkataan yang hampir sama dengan laman-laman web yang terkenal. Korang boleh guna beberapa perkataan yang khusus beserta tajuk yang korang rasa akan di cari oleh pembaca-pembaca blog. Kalau korang dapat cari perkataan yang selalu di cari oleh pengguna internet dan pembaca blog, korang pasti dapat pembaca atau 'unique visitors' yang korang tak tahu datang dari mana. Tu dari pengalaman aku je. Orang lain aku tak tahu.


Tekan READ MORE untuk sambung membaca ye.....

Tips Dowh - Where to Submit/Ping Your Blog to Increase Your Audiences and Traffic Part 1

Posted by docche | Posted in | Posted on 9:00 PM



Hey u all


Hari ni aku nak kongsikan dengan korang laman-laman web atau blogger komuniti yang aku rasa boleh membantu kita semua menarik lebih ramai pembaca datang membaca di blog kita. Ni yang ter-updated sekali hingga ke hari ini yang dapat aku jumpa. Korang kalau nak try pun boleh jugak. List ada di bawah ye.




Okay, tu je yang aku jumpa dan dah cuba. Semua nya berbahasa Malaysia kecuali digg.com, reddit.com dan blogger.com. Ping.sg  tu campur Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Korang pun try la ye. Sama-sama kita menarik lebih ramai pembaca dan pengunjung ke blog kita di samping menaikkan traffic blog kita.


Tips Dowh - How To Make Readers Come and Read Your Blog

Posted by docche | Posted in | Posted on 8:00 PM




Hey u all


Setelah masuknya tahun baru 2012, aku rasa aku nak try pula tulis pasal tips-tips berbloging yang aku dapat sepanjang blogdowh ni wujud. kalau korang rasa apa aku tulis ni betul, korang bagi tau la aku. kalau korang rasa apa aku tulsi ni tak betul, korang bagi la tahu aku juga. Sama-sama kita maju dalam dunia berbloging. Hari ni aku nak bagi tips bagaimana blogger nak buat pembaca baca blog kita dan kemudia datang kembali membaca di blog kita sebab sebagaimana yang kita tahu, semua blogger mahu mempunyai pembaca yang setia, betul tak?


1. Pemilihan perkatan tajuk yang gempak dan bombastik

Sepanjang aku mengeluarkan post di blogdowh, aku telah membuat beberapa experiment bagaimana nak tulis tajuk yang dapat menarik pembaca datang. Pemilahan tajuk ni juga dari kajian aku sangat penting untuk SEO. Kalau korang nak menulis sesebuah artikel atau post, korang perlu memikirkan perkataan-perkataan luar biasa yang dapat menarik pembaca dan juga enjin carian ke blog anda dan seterusnya membaca artikel-artikel dan post-post di blog anda. Itu dari pengalaman aku la.


2. Isi kandungan post yang bagus dan berkualti

Setakat tajuk yang gempak sahaja tak bermakna juga. Aku dah cuba buat tajuk post yang gempak sesuai dengan isi kandungan sesuatu post tersebut. Tetapi aku tidak pernah mendapat sebarang respon dari pembaca. Aku tak pernah menadapat sebarang komen membina dari para pembaca. Dari sini aku telah membuat kesimpulan bahawa, walau bagaimana gempak tajuk post korang tapi kalau isinya tak berkualiti dan menarik minat pembaca, korang dan aku mungkin susah nak menarik pembaca datang kembali membaca blog kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com