Posted by
docche
|
Posted in
Lawak Dowh
|
Posted on
11:59 PM
Hey u all
Korang dah baca kan post aku yang lalu mengenai pilihanraya Mesir. pilihanraya Mesir telah bermula sejak Isnin yang lepas tetapi secara berperingkat-peringkat mengikut kawasan yang telah di tetapkan. Ramai calon-calon dari pelbagai parti politik mengambil bahagian di dalam pilihanraya Mesir yang pertama selepas Revolusi Rakyat Mesir lebih 10 bulan yang lalu. Betapa ramainya calon yang masuk bertanding dalam pilihanraya ni ada sehingga berpuluh-puluh orang untuk satu kawasan sahaja. Macam mana la agaknya rakyat Mesir nak memilih dan mengundi pemimpin yang betul-betul boleh berkhidmat dan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat Mesir la kan.
Sehingga setakat hari ini, di laporkan tiada sebarang masalah berlaku ketika proses mengundi di jalankan. Keadaan di Mesir masih aman. Tetapi yang menjadi masalah nya sekarang ialah pihak calon merungut mengenai simbol-simbol yang digunakan untuk poster pilihanraya. Kerana terlalu ramainya calon yang masuk bertanding, pilihan simbol untuk kegunaan calon-calon in adalah sangat kelakar dan tidak sesuai untuk di gunakan. Untuk pilihanraya tadika atau taska mungkin sesuai aku rasa. Aku harap, semoga masalah simbol-simbol ni tak menjadi penghalang untuk calon-calon yang bertanding menjalankan tugas akan datang yang di amanahkan rakyat ke atas mereka ni.
Posted by
docche
|
Posted in
Serius Dowh
|
Posted on
11:55 AM
Hey u all especially guys
Satu kajian perubatan di Argentina telah di jalankan mengenai tahap kesuburan kaum lelaki. Saintis-saintis di Argentina telah memperoleh sampel-sampel semen atau bahasa mudah nye air mani dari 29 orang lelaki yang sihat serta aktif dalam melakukan apa sahaja. Beberap titis sampel semen/air mani ini telah di letakkan di bawah laptop yang menggunakan Wifi dan proses men-download pun di aktifkan di laptop berkenaan. 4 jam kemudian, 1/4 bilangan sperma yang berada di dlaam sampel semen/air mani tersebut talah mati di mana sebahagian dari sperma yang mati itu mengalami kerosakan DNA. Dan apa yang menyebabkan sperma-sperma tersebut mati menurut saintis-saintis Argentina itu ialah akibat gelombang elektromagnet dari Wifi.......
Posted by
docche
|
Posted in
Cool Dowh
|
Posted on
12:46 AM
Hey u all
Siapa yang minat F1? Takde siapa-siapa ke yang minat F1? It's ok, taste masing-masing kan. Aku dulu minat gila kat F1 masa zaman-zaman Mika Hakkinen, Juan Pablo Montoya & Kimi Raikkonen. Tapi sejak dia orang ni bersara dari F1 aku dah tak berapa tengok sangat F1 ni, tapi aku still ambil tahu siapa yang masih menjadi pemandu F1 ni dan siapa yang menjadi juara.
Berita terbaru, Kimi Raikkonen yang telah bersara dari F1 pada tahun 2007 akan kembali menjadi pemandu F1. Kimi Raikkonen yang telah bersara pada tahun 2007 di sebabkan alasan mendapat gangguan yang maha hebat dari pihak media dan paparazzi keatas kehidupan peribadinya. Beliau yang sebelum bersara pada tahun 2007 merupakan pemandu jentera F1 Ferrari............
Posted by
docche
|
Posted in
Cool Dowh
|
Posted on
8:06 PM
Hey u all
Zaman sekarang yang serba moden ni, semua benda mesti nak canggih-canggih. Antara benda-benda canggih yang korang wajib ade dan aku rase semua orang akan ada nanti ialah talefon pintar atau bahasa glamor nya SMART PHONE. Ada macam-macam jenis kut smart phone kat pasaran sekarang. Iphone la, HTC la, Samsung la, Sony Ericsson la Nokia la dan macam-macam lagi la. Smart phone ni dah jadi satu trend untuk setiap ganerasi dari yang muda hingga yang ke tua. Dan aku rasa, kalau korang semua sudah puas bermain-main ngan smart phone korang tu, apa kata korang dapat kan pulak sebuah kereta pintar atau pun dalam bahasa English nya SMART CAR. Yup, u all heard me right, SMART CAR. Tapi bukan kereta SMART tu tau.
Toyota telah pun mengeluarkan sebuah kereta pintar alaf baru untuk du pertontokan kepada orang ramai yang minat dengan kerata dan juga teknologi-teknologi high tech ni. Aku rasa kereta ni sungguh cool di mana kerata ni dapat mengenal pasti pemandu kereta dan juga boleh mengubah warna kereta berdasarkan mood pemamdu. Tarikh pengeluaran belum lagi di tentukan pihak Toyota tapi aku rasa harga untuk kereta pintar ni mesti adalah sangat insanely tak reasonable. Hanya golongan yang sanggup buang duit macam buang tahi hidung je mampu kut beli kereta ni nanti. HAHAHA. Ok la, korang enjoy la majlis pelancaran concept car TOYOTA SMART CAR ni.
Posted by
docche
|
Posted in
Lawak Dowh
|
Posted on
2:35 PM
Hey u all
Siapa antara korang yang suka makan pizza? Pizza apa yang korang suka?Pizza Hut?Dominos? San Fransisco Pizza? Ke pizza yang korang masak sendiri? Korang tahu dari mana asal usul pizza yang sebenarnya?Italy?USA? Ke Korea? Korea!!! Apa kene mangena Korea pulak ni kan? Bukan Korean ni suka makan sayur jeruk je ke? Aku pun tak tau la. HAHAHA. Ada satu video promosi pizza yang lawak gila aku jumpa. Korang enjoy je. Conspiracy asal usul pizza.
Posted by
docche
|
Posted in
Gempak Dowh
|
Posted on
2:07 PM
Hey u all
Korang dapat tak buat apa mamat Jepun yang kurus ni buat. Aku tak mampu kut. 1 kilo ayam pun aku tak dapat nak habiskan, ni kan pulak 20 kilo ayam Belanda. Biar mamat ni buat sorang-sorang sudahla.
Korang semua peminat kucing tak? Aku ni peminat kucing. Kucing is so cute. So korang semua akan tengok alot of video kucing dalam blogdowh. Korang semua enjoy. CIAO!!!!!
Posted by
docche
|
Posted in
Serius Dowh
|
Posted on
7:56 PM
Hey u all
Korang ingat lagi tak ape terjadi di Mesir awal tahun 2011 yang lalu, kecoh satu Malaysia pasal Revolusi Kebangkitan Rakyat Mesir di Mesir. Mesti korang ingat kan? Malaysia menghabiskan kan berjuta-juta ringgit Malaysia untuk membawa keluar pelajar Malaysia yang belajar dan bekerja di Mesir. kalau korang lupa atau tak tau koang leh baca kat sini atau kat sini. Revolusi tersebut mengambil masa lebih kurang 3-4 minggu dan Revolusi tersebut berjaya menjatuhkan Presiden dan pemimpin Mesir walaupun telah mengorbankan beribu-ribu nyawa. Serius dowh, kalau korang berada kat Mesir time tu mesti korang cuak jugak la. Lagi-lagi bila family korang call korang dan time-time korang kena di bawa keluar dari Mesir, mesti satu pengalaman yang boleh di ceritakan kat anak cucu korang.
Posted by
docche
|
Posted in
Sadis Dowh
|
Posted on
7:00 AM
Hello u all peminat-peminat arena bola sepak terutama peminat arena bola sepak menyepak Malaysia. Korang tngk tak perlawanan antara Malaysia vs Bahrain yesterday. Well, aku tengok gol score je sebab satelit TV kat tempat aku tinggal tak dapat nak tangkap pancaran gelombang kehebatan pemain Malaysia. Ya but sad Malaysia tetap kalah. Sudah kehabisan modal idea ape nak di katakan. Tup tup tup, selang beberapa jam, kawan aku bagi lak tengok cartoon kat bawah yang korang leh tengok nanti. Yang aku boleh cakap, rakyat Malaysia hanya boleh mengharap, ALLAH jugak yang menuntukan. Enjoy the cartoon kat bawah. CIAO!!!!
Posted by
docche
|
Posted in
Movie Dowh
|
Posted on
11:43 PM
Korang semua mesti dah tengok movie Twilight Breaking Dawn Part 1 kan? Movie ni dah kuar lebih kurang 4 hari kat Malaysia. But since aku tak de kat Malaysia & kat tempat aku tinggal ni sekarang tak de wayang tayang movie ni, so aku terpaksa download. So far takde sesiapa yang upload movie ni dalam bentuk DVDRip atau BRRip, so ape yang ade ake sebat je.Aku sebenarnya bukan peminat ape yang korang panggil SAGA Twilight ni tapi aku peminat novel Stephenie Meyer ni, walau pun novel-novel dia yang aku ade hanyelah Koleksi 4 buku Twilight ni & juga satu lagi buku dia yang bertajuk Host.
Posted by
docche
|
Posted in
Blogdowh
|
Posted on
11:30 PM
Hey u all
Okay, ada tak korang-korang yang nak tukar link blog dengan blogdowh? Aku nak tukar link blogdowh dengan korang-korang semua. Kalau korang sudi tukar link blog korang dengan blogdowh, korang tinggalkan nama blog dan link blog korang dalam ruangan komen. Nanti aku update link blog korang. Korang juga jangan la lupa nak letak link blogdowh dalam blog korang. Lepas korang dah letak link blogdowh dalam blog korang, aku akan terus update link blog korang dalam blogdowh. Jum tukar link!!!!!
Posted by
docche
|
Posted in
Blogdowh
|
Posted on
5:53 AM
Hey u all,terima kasih cause sudi menjengah kepala di blogdowh ini. Sesungguh nye dan sepasti-pastinye blogdowh ini di wujudkan untuk menyampaikan apa yang telah pun di sampaikan, menunjuk-nunjuk kat korang sume ape yang berlaku di sekeliling diri yang manaip ini dan juga sekadar merehatkan minda sambil menyantaikan pemikiran yang letih lesu dengan post-post dan entry-entry yang tidak seberapa di dalam blogdowh ini. Jangan la di bandingkan blogdowh ini dengan blog-blog jenama terhangat di pasaran seperti beautifulnara, ohbulan, redmummy, blogserius, ben ashaari, ohsyok, cik epal, hanis zulaikha, borakkosong dan banyak la lagi blog-blog otai ni sampai nak menaip pun rase nak tergeliat lidah ni
Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.
The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh