Home » » Serius Dowh - Pilihanraya Mesir Selepas Revolusi

Serius Dowh - Pilihanraya Mesir Selepas Revolusi

Posted by docche | Posted in | Posted on 7:56 PM


Hey u all

Korang ingat lagi tak ape terjadi di Mesir awal tahun 2011 yang lalu, kecoh satu Malaysia pasal Revolusi Kebangkitan Rakyat Mesir di Mesir. Mesti korang ingat kan? Malaysia menghabiskan kan berjuta-juta ringgit Malaysia untuk membawa keluar pelajar Malaysia yang belajar dan bekerja di Mesir. kalau korang lupa atau tak tau koang leh baca kat sini atau kat sini. Revolusi tersebut mengambil masa lebih kurang 3-4 minggu dan Revolusi tersebut berjaya menjatuhkan Presiden dan pemimpin Mesir walaupun telah mengorbankan beribu-ribu nyawa. Serius dowh, kalau korang berada kat Mesir time tu mesti korang cuak jugak la. Lagi-lagi bila family korang call korang dan time-time korang kena di bawa keluar dari Mesir, mesti satu pengalaman yang boleh di ceritakan kat anak cucu korang.


Selang beberapa bulan kemudian, rakyat Mesir sekali lagi melakukan perhimpunan beramai-ramai di sebabkan tidak berpuashati dengan kepimpinan sementara pihak tentera Mesir sebelum melakukan pilihanraya. Dan setelah 2 minggu perhimpunan besar-besaran di lakukan yang juga menyebabkan beberapa kematian, akhirnya pihak tentera Mesir bersetuju untuk berundur dan menyerahkan tampuk kepimpinan Mesir kepada rakyat Mesir. 

Dan hari ini, pilihanraya pertama Mesir setelah Revolusi Rakyat Mesir telah bermula. Pilihanraya Mesir ni bukan seperi pilihanraya di Malaysia yang hanya berlangsung dalam masa sehari. Tetapi pilihanraya Mesir di lakukan secara berperingkat di sebabkan faktor geografi Mesir yang besar dan luas serta bilangan rakyat yang ramai. Di harapkan pilihanraya Mesir ini membawa satu perubahan kepada rakyat Mesir yang setelah sekian lama berada di bawah pemerintah yang sama dan tidak mengecapi sebarang perubahan yang ketara dari segi pembangunan dan tahap mentaliti sebahagian rakyatnya. 

Kat bawah ni ada photo mengenai pilihanraya Mesir untuk memudahkan korang paham serba sedikit tentang pilihanraya di Mesir. CIAO!!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com