Home »
Genius Dowh
»
Genius Dowh - 5 Amazing Alarm Clocks (5 gambar)
Genius Dowh - 5 Amazing Alarm Clocks (5 gambar)
Posted by docche | Posted in Genius Dowh | Posted on 6:00 AM
Hey u all
Macam mana korang bagngun pagi-pagi? Mak korang kejutkan? Atau isteri korang kejutkan? Atau korang guna jam loceng? Atau korang guna smartphone korang? Senang tak korang nak bangun kalau korang guna cara-cara yang aku tulis tadi? Kalau susah, aku ada jam loceng yang pasti boleh membuatkan korang terbangun di pagi hari.
5. Vibrating alarm clock
Macam korang tengok kat gambar di atas, jam ni di datangkan dengan cincin getah. Jam loceng ni tidak akan mengeluarkan bunyi tetapi akan menghantar signal kepada cincin getah yang di datangkan bersama tersebut untuk bergetar. Kekuatan getaran cincin getah tersebut akan bertambah sekiranya anda mengerakkan tangan anda dah akhirnya anda terpaksa bangun.
4. WIFI donation alarm clock
Macam nama jam ni, jam loceng ni mempunyai WIFI. Apabila korang membeli jam loceng ini, korang di wajibkan untuk link kan jam loceng anda dengan akaun bank anda dengan WIFI tersebut. Sekiranya setiap kali jam loceng ini berbunyi dan korang snooze kan bunyi jam loceng ini, certain amount dari duit korang di dalam bank akan di donatekan kepada badan kebajikan. So, kalau korang snooze banyak kali, korang akan kehilangan banyak duit la.
3. Oven alarm clock
Adakah korang akan terbangun sekiranya anda terbau makanan yang sedap? Jadi korang kena beli jam loceng ni. Jam loceng ni akan memanaskan apa sahaja dengan oven yang di sediakan sekali bersama jam loceng ini. Korang hanya perlu menetapkan waktu bila Korang ingin bangun dan makanan anda akan di masak dan di panaskan untuk korang.
2. Flying siren alarm clock
Jam yang mesti korang miliki sekiranya korang memang liat untuk bangun. Jam loceng ini mempunyai kipas yang boleh terbang berserta dengan siren. Sekiranya korang telah menetapkan waktu korang ingin bangun, kipas tersebut akan terbang dan akan membunyikan siren. Korang terpaksa bangun dan mengejar kipas tersebut untuk mematikan siren.
1. Lightsleeper alarm clock
Okay, jam ni memang untuk korang yang tak boleh di kejutkan dengan cara apa sekalipun setelah korang dah tidur. Memang tidur mati tahap cipan. Jam ni merupakan jam yang mengawal kitaran tidur otak kita. Jam ni terdiri dari bantal dan juga selimut. Jam ini mengawal gelombang otak kita agar otak kita di-synchronize dengan waktu semasa. Jadi, anda boleh bangun tepat pada masa nya tidak kira bila anda tidur.
Source from top5
Post a Comment