Home »
Tips Dowh
»
Tips Dowh - Basic Steps To Increase Blog Traffic
Tips Dowh - Basic Steps To Increase Blog Traffic
Posted by docche | Posted in Tips Dowh | Posted on 3:00 AM
Sekarang ni semua orang beriya-iya nak memiliki sebuah blog. Melihatkan beratus ribu blog yang telah wujud sekarang, kita dapat mengagak bahawa hampir semua orang menggunakan blog sebagai salah satu medium untuk menyampaikan sesuatu berita atau maklumat kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian internet. Tidak ketinggalan juga golongan remaja yang begitu taksub dengan dunia digital dan juga teknologi selain melihat blogger-blogger idola mereka meraih pendapatan dari blog. Tapi adakah remaja-remaja ini atau sesiapa sahaja yang ingin memiliki sebuah blog tahu bagaimana mereka ingin mendapatkan pembaca-pembaca setia setelah mereka memiliki blog? Hari ni aku nak cerita 3 basic steps untuk mereka-mereka yang ingin menceburi dunia blog dan juga untuk mereka yang dah menceburi dunia blog.
1. Pilih platform yang sesuai dengan blog anda atau buat sendiri platform anda
- Kita semua dah sedia maklum platform apa yang paling banyka blogger-blogger gunakan untuk mula membina blog iaitu blogspot dan wordpress. Tetapi sebenarnya ada banyak lagi platform yang lain yang boleh kita pilih. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan. Terpulang kepada kita untuk memilih platform yang sesuai dengan konsep blog kita agar mudah kita mengawal atau monetize blog kita.
Ini penting kerana apabila kita mudah mengawal blog kita, blog kita akan lebih santai dan ini memudahkan kita mendapatkan traffic dah pengunjung. bagi sesiapa yang mempunyi pengetahun untuk membina sendiri platform untuk blog masing-masing, korang boleh membian sendiri platform korang tanpa menggunakan platform-platform percuma yang di tawarkan.
Ini penting kerana apabila kita mudah mengawal blog kita, blog kita akan lebih santai dan ini memudahkan kita mendapatkan traffic dah pengunjung. bagi sesiapa yang mempunyi pengetahun untuk membina sendiri platform untuk blog masing-masing, korang boleh membian sendiri platform korang tanpa menggunakan platform-platform percuma yang di tawarkan.
2.Miliki domain anda sendiri
- Aku banyak kali baca dalam blog-blog yang tulis pasal SEO dan tip-tip berblogging ni, dia orang semua cakap pasal kelebihan mempunyai domain sendiri. Aku masih tak memiliki lagi domain sendiri seperti yang korang lihat, aku masih menggunakan blogspot sebagai platform berblogging aku. Tetapi, dari pembacaan aku, mereka yang mempunyai domain sendiri dapat menarik lebih ramai pembaca dan SEO lebih tertarik untuk menyenaraikan blog anda di enjin carian mereka. Itu yang aku baca dan aku mungkin akan cuba untuk memiliki domain aku sendiri nanti apabila aku rasa dah sampai masanya untuk aku mempunyai domain sendiri. Lagipun aku tak de duit lagi sekarang. Korang kalau ada duit lebih boleh la memiliki domain korang sendiri.
3. Sentiasa menulis post untuk pambaca korang dan juga untuk SEO
- Pertama sekali korang kena tulis tajuk dan post yang menarik supaya korang boleh menimbulkan minat pembaca-pembaca korang untuk klik post korang dan membaca post korang. Apabila tajuk dan post korang menarik, pembaca korang akan tertarik dan mungkin akan share post korang. Itu secara tidak langsung membantu traffic blog korang. Kedua, selain korang perlu fikir bagaimana nak tulis tajuk dan post yang menarik, korang perlu memikirkan bagaimana tajuk dan post korang adalah mesra SEO. Apabila tajuk dan post korang mesra SEO, ini akan memudahkan post korang di senaraikan untuk menjana lebih traffic.
Okay, setakat itu untuk hari ni. Harap ini membantu semua orang termasuk aku sekali.
Post a Comment