Home » » Tips Dowh - How to Bring 3000 or More Unique Visitors Everyday From Search Engine

Tips Dowh - How to Bring 3000 or More Unique Visitors Everyday From Search Engine

Posted by docche | Posted in | Posted on 8:50 PM


Hey u all


Hari ni aku nak tulis pasal bagaimana kita boleh dapatkan pembaca atau 'unique visitors' ke blog kita semua melalui enjin carian. Setakat ni, daripada pengalaman aku selama 1 bulan setengah, aku rasa benda ni sangat bagus untuk korang-korang yang baru nak bertapak dalam dunia blog ni macam aku kerana kita masih belum lagi mempunyai pembaca-pembaca yang setia yang akan melawat blog kita hari-hari, betul tak? Ni dari pengalaman aku, kalau salah korang silalah betul kan ye.


1. Tulis tajuk anda menggunakan beberapa kata khusus (niche) dan mesra SEO
- korang perlu tengok trend perkataan yang sering pembaca cari  dalam enjin carian seperti Google atau trend perkataan yang hampir sama dengan laman-laman web yang terkenal. Korang boleh guna beberapa perkataan yang khusus beserta tajuk yang korang rasa akan di cari oleh pembaca-pembaca blog. Kalau korang dapat cari perkataan yang selalu di cari oleh pengguna internet dan pembaca blog, korang pasti dapat pembaca atau 'unique visitors' yang korang tak tahu datang dari mana. Tu dari pengalaman aku je. Orang lain aku tak tahu.


Tekan READ MORE untuk sambung membaca ye.....




2. Guna Keywords Tool
- Ada macam-macam keywords tool yang korang boleh guna untuk dapatkan trend perkataan yang banyak di gunakan oleh pengguna internet. Ini mungkin boleh membantu anda mendapatkan idea unutk menulis sesuatu yang boleh menarik enjin carian menyenaraikan tajuk blog anda di laman mereka.


3. Tulis post berkenaan SEO atau tip-tip berblogging
-  Korang mesti paha myang ni kan. Korang try la tulis apa-apa tip berblogign yang korang dapat atau korang baca blog-blog yang tulis pasal tip berblogging lepas tu korang pahamkan dan korang tulis la balik berdasarkan pengalaman korang. Kalau korang tak tahu nak tulis, korang pergi la minta kebenaran pemilik blog yang ada banyak tulis tip berblogginh ni unutk korang reproduce balik dia orang punya tip dalam blog korang. Dan apabila korang nak menulis post pasal tip berblogging ni korang kena:

i. pilih tajuk dan perkataan yang akan menarik SEO dan pembaca datang ke blog korang
ii. dalam post korang pun selain dari tajuk, korang mesti letak perkataan yang khusus yang dapat menarik SEO
iii. kalau korang ada tulis tip-tip lain dalam blog korang, korang boleh la interlink kan post-post tersebut dengan post baru anda yang juga berkenaan dengan tip-tip berblogging


4. Backlink dan submit post korang
- Buat backlink atau submit post korang kat mana-mana blogsphere atau komuniti blog yang korang tahu. Kalau korang tak tahu korang boleh tengok kat post ni. Atau kalau korang ada facebook, google+, twitter atau apa-apa sahaja 'social network' yang berada di pasaran sekarang ni, korang share la korang punya post tu. Kalau korang mempunyai ramai pengikut, korang mesti akan dapat ramai pembaca nanti juga kan. Kalau nak buat backlink pun boleh juga. Korang invite la mana-mana pembaca korang untuk letak link blog korang di blog mereka, Dan korang pun letak la link blog dia orang kat blog korang. Dengan ini, korang akan dapat pembaca yang sentiasa tahu perkembangan blog korang. 

Kalau korang nak tukar link ngan aku pun boleh juga. Korang boleh buat begitu dengan pergi ke link ini. Aku baru je buat. Kalau korang sudi sila la kita bertukar link ye.


Okay, aku rasa setakat ni dulu. Ni pun dari pengalaman aku je yang tak sampai 2 bulan. Sama-samalah kita berkongsi ye.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com