Home » » Tips Dowh - How To Make Readers Come and Read Your Blog

Tips Dowh - How To Make Readers Come and Read Your Blog

Posted by docche | Posted in | Posted on 8:00 PM




Hey u all


Setelah masuknya tahun baru 2012, aku rasa aku nak try pula tulis pasal tips-tips berbloging yang aku dapat sepanjang blogdowh ni wujud. kalau korang rasa apa aku tulis ni betul, korang bagi tau la aku. kalau korang rasa apa aku tulsi ni tak betul, korang bagi la tahu aku juga. Sama-sama kita maju dalam dunia berbloging. Hari ni aku nak bagi tips bagaimana blogger nak buat pembaca baca blog kita dan kemudia datang kembali membaca di blog kita sebab sebagaimana yang kita tahu, semua blogger mahu mempunyai pembaca yang setia, betul tak?


1. Pemilihan perkatan tajuk yang gempak dan bombastik

Sepanjang aku mengeluarkan post di blogdowh, aku telah membuat beberapa experiment bagaimana nak tulis tajuk yang dapat menarik pembaca datang. Pemilahan tajuk ni juga dari kajian aku sangat penting untuk SEO. Kalau korang nak menulis sesebuah artikel atau post, korang perlu memikirkan perkataan-perkataan luar biasa yang dapat menarik pembaca dan juga enjin carian ke blog anda dan seterusnya membaca artikel-artikel dan post-post di blog anda. Itu dari pengalaman aku la.


2. Isi kandungan post yang bagus dan berkualti

Setakat tajuk yang gempak sahaja tak bermakna juga. Aku dah cuba buat tajuk post yang gempak sesuai dengan isi kandungan sesuatu post tersebut. Tetapi aku tidak pernah mendapat sebarang respon dari pembaca. Aku tak pernah menadapat sebarang komen membina dari para pembaca. Dari sini aku telah membuat kesimpulan bahawa, walau bagaimana gempak tajuk post korang tapi kalau isinya tak berkualiti dan menarik minat pembaca, korang dan aku mungkin susah nak menarik pembaca datang kembali membaca blog kita.


3. Cuba tulis idea anda dalam post yang berasingan

Kadang-kadang kita bila dapat satu idea, kita nak tulis segalanya dalam satu post sebab kita rasa dengan begitu, kita akan membuatkan ramai pembaca membaca post kita. Itu apa yang aku fikirkan juga masa dulu-dulu. Tapi setelah pengalaman mengajar, aku rasa baik kita hadkan idea kita ke dalam beberapa post yang berasingan. Ini bukan sahaja membantu kita menarik pembaca membaca post kita yang baru kerana perasaan ingin tahu, tetapi juga akan membuatkan pembaca kita membaca kembali post kita yang lama dengan kita meletakkan link post lama di dalam post yang baru.


4. Letakkan gambar yang menarik dalam post 

Ayat sahaja di dalam post akan menyebabkan pembaca merasa bosan. Itu kita semua dah tahu. Kita semua pernah menjadi pelajar yang belajar dari buku teks sekolah yang hanya mengadungi perkataan semata-mata. Cuba kita tambahkan sekali gambar-gmabar yang berkaitan dengan tajuk dan post kita gar ia kelihatan lebih menarik.



5. Tingkatkan kelajuan page loading anda

Korang jangan la beratkan blog korang. Aku pernah ada blog masa aku muda-muda dulu. Masa dulu aku suka letak widget bukan-bukan ni. Dan ini melambatkan page loading blog aku. Dan sekarang aku rasa widget-widget tu perlu untuk membautkan blog korang kelihatan menarik, tetapi korang letakla mana yang perlu sahaja dan korang cuba la tambahkan kelajuan page loading korang. Sebab pembaca akan berasa bosan menunggu paga nada untuk di buka dan mungkin pembaca akan close page anda tanpa sempat membaca post-post anda.


6. Dapatkan feedback dari pembaca anda

Seperti aku cakap tadi, aku tiada pengalaman lagi dalam ni, semenjak aku buat blogdowh, aku hanya ada 3 je komen. Dan aku rasa mendapatkan komen dan tips dari pembaca adalah sangat penting untuk membautkan blog kita lebih berdaya saing.



7. Buat pembaca korang rasa special

Ni aku tak pernah buat lagi, tapi aku rasa ramai blogger lain dah baut kut. kalau korang rasa korang mampu dan mempunyai masa, korang buat la apa-apa contest atau give away yang boleh menarik minat pembaca datang dan membaca di blog anda, Ini bukan sahaja membuatkan pembaca mengikut perkembangan blog anda, mereka juga akan menjadi peminata anda. Pembaca memang tak akan meminta kita berbuat demikian, tapi kita sebagai tuan kepada blog, kita mesti tahu bagaimana kita perlu melayan tetamu yang datang ke blog kita, betul tak?

Okay, itu je aku nak tulis dulu dalam tip pertama aku ni. Ni semua dari pengalaman aku semenjak aku buat blogdowh. So, apa-apa yang korang rasa tak betul atau tak puas hati, sila-sila la bagi komen ye. 





Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh