Home » » Gila Dowh - Tiket World Cup 2014 Brazil di tukar Dengan Senjata Api

Gila Dowh - Tiket World Cup 2014 Brazil di tukar Dengan Senjata Api

Posted by docche | Posted in | Posted on 5:45 AM

Hey u all


Korang minat tak World Cup? Mesti korang minat kan? Sapa yang tak minat tengok World Cup betul tak? Semua pemain dan pasukan bola sepak terkenal dan terhebat seluruh dunia akan bertanding merebut mahkota 'The Greatest Team in The World' berserta trofi piala dunia. World Cup 2010 yang berlangsung sebelum ini telah berlangsung di South Africa dan telah di menangi oleh pasukan Spain. Dan untuk World Cup 2014, kejuaraan akan berlangsung di Brazil. 






Tekan read more tu....




Brazil merupakan sebuah negara yang terletak di selatan benua Amerika dan merupakan antara negara yang terbesar di selatan benua Amerika. Brazil bukan sahaja mempunyai sebuah pasukan bola sepak yang hebat walau pun pasukan Brazil telah lama tidak merangkul kejuaran Piala Dunia, tetapi Brazil juga mempunyai bilangan mafia yang tertinggi di dunia. Masalah jenayah di Brazil telah meningkat secara mendadak sejak 30 tahun yang lalu di mana kebanyakkan rakyat Brazil memiliki senjata api secara haram. Masalah jenayah di Brazil ini sangat membimbangkan pihak kerajaan Brazil lebih-lebih lagi mereka akan menjadi tuan rumah untuk edisi Piala Dunia 2014 nanti.






Oleh itu, kerajaan Brazil dan juga FIFA telah mencadangkan satu cadangan di mana kerajaan akan memberi pengampunan kepada rakyat Brazil yang menyerahkan senjata api mereka kepada pihak kerajaan. Dalam cadangan tersebut juga menyatakan sesiapa yang menyerah kan senjata api mereka kepada pihak kerajaan akan menerima tiket Piala Dunia secara percuma. Ada juga yang mencadangkan supaya sesiapa yang menyerahkan senjata api akan mendapat jersi piala dunia yang di tandatangani oleh pemain-pemain bola sepak yang terkenal. Kerajaan Brazil juga akan menggunakan senjata api yang di serahkan itu untuk membina tiang gol untuk Piala Dunia 2014 nanti. Setakat ini, 20 000 senjata api telah di serhakan kepada kerajaan Brazil.






FIFA mengambil serius tentang masalah jenayah di Brazil kerana bimbang kematian yang sia-sia di sebabkan hanya menyaksikan perlawanan bola sepak. Oleh itu FIFA berharap Brazil dapat menangani masalah ini dan menggunakan slogan 'For a world without gun' untuk Piala Dunia 2014 nanti.





Source from guardian

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com