Home » » Serius Dowh - No More Bikinis and No More Booze in Egypt (11 gambar)

Serius Dowh - No More Bikinis and No More Booze in Egypt (11 gambar)

Posted by docche | Posted in | Posted on 7:41 PM

Hey u all


Korang pernah pergi Egypt tak? Tak pernah? Takpe. Aku pernah sebab sekarang aku tengah belajar kat Egypt ni. Korang pun tahu sekarang Egypt tengah pilihanraya iaitu pilihanraya pertama sejak rakyat Mesir melakukan revolusi besar-besaran Januari yang lalu. Korang mesti ingat betul tak? Kecoh kut kat Malaysia. Tapi aku bukan nak cerita pasal pilihanraya Mesir atau revolusi Mesir.


Hari ni aku nak cerita pasal industri pelancongan di Mesir. Industri perlancongan di Mesir menyumbangkan lebih kurang 10 peratus kepada 'growth domestic product (GDP)' atau 'pendapatan kasar dalam negeri' yang mana merupakan nilai yang besar bagi negara membangun seperti Mesir. Tetapi sejak revolusi Mesir yang lalu, jumlah pelancong yang datang melancong dan berkunjung ke Mesir telah menurun. Walaupun revolusi Mesir telah hampir 11 bulan berlalu, pelancong masih berasa bimbang dengan keadaan di Mesir dan jumlah pelancong yang datang masih dalam jumlah yang sedikit.



Antara tarikkan pelancong yang membuatkan banyak pelancong datang ke Mesir ialah di sebabkan Mesir mempunyai banyak monumen-monumen, piramid-piramid, mumia-mumia dan tak ketinggalan juga pantai-pantai yang cantik-cantik. Aku dah pernah pergi piramid. Tak sah la kan kalau belajar kat Mesir piramid pun tak pernah pergi. Aku pernah pergi ke kuil-kuil yang berada di Mesir ni. Banyak sangat korang tahu tak, aku cuma pergi yang terkenal sahajala. Malas nak pergi semua, sama sahaja. Dan yang paling aku suka ialah pantai-pantai di Egypt.



Pantai-pantai di Mesir yang pernah aku pergi ialah Hurghada dan Sharm el-Sheikh. Dan aku rasa kedua-dua pantai ni merupakan antara pantai yang paling cantik pernah aku pergi. Kedua-dua pantai ini masing-masing menghadap laut merah tetapi air laut nya tetap bewarna biru. Satu lagi perkara menarik tentang pantai-pantai di Mesir ni ialah banyak pelancong asing dari Eropah dan benua Amerika yang datang melancong ke pantai-pantai ini dan pantai-pantai in juga merupaka pantai persendirian di mana korang tak boleh masuk sebarangan ke pantai-pantai tersebut.





Pantai-pantai persendirian ini lah yang paling seronok, sebab kebanyakkan pelancong yang datang bebas melakukan apa sahaja. Pelancong-pelancong bebas memakai apa sahaja. Ketika aku pergi ke pantai-pantai  tersbut, aku terasa seperti aku bukan berada di Mesir tetapi seperti berada di Eropah atau pun Amerika. Pelancong-pelancong asing tak termasuk aku memakai bikini dan seluar-seluar yang biasa kita tengok dalam cerita omputeh ketika mereka berada di pantai. Dan ada yang lebih berani, terdapat juga pelancong asing yang wanita hanya memakai underwear sahaja untuk sunbathing. Well, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri okay. Aku betul-betul terasa seperti berada di Eropah ketika itu.








Tetapi semua itu mungkin akan berubah tidak lama lagi. Ketika ini, Mesir sedang menjalankan pilihanraya mereka. Pilihanraya di Mesir mempunyai 3 peringkat. Peringkat pertama dan kedua telah berlangsung dan tinggal peringakat ketiga dan terakhir. Pada peringkat pertaman dan kedua, parti yang telah menguasai kebanyakkan nya ialah parti-parti ISLAMIST yang berpegang teguh dengan ajaran ISLAM. Selepas menyaksikan parti-parti mereka mendapat sambutan dari rakyat Mesir, pemimpin-pemimpin parti ISLAMIST ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya mereka akan memerintah Mesir, meraka ingin meningkat kan lagi industri perlancongan tetapi bikini, arak dan pergaulan bebas akan di haramkan.




Ini bermakna, hotel-hotel tidak lagi boleh menjual arak, pelancong-pelancong tidak lagi boleh memakai bikini di pantai-pantai dan lelaki dan perempuan di kehendaki mandi di pantai yang berbeza tanpa ada percampuran. WHAT!!!!!WHAT!!!!!WHAT!!!!!Aku baru bercadang nak pergi lagi next cuti semester. Kalau dah takda pelancong pakai bikini, tiada makna lagi untuk pergi ke pantai-pantai di Mesir ni. Takdapat la tengok gadis-gadis omputeh ni pakai bikini atau tak pakai apa-apa.Hahahaha. Baik balik Malaysia pergi pantai di Malaysia je. Lagi bagus. Semua orang tutup aurat. Betultak? Takde la buat dosa. 







Kenyataan pengharaman ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat Mesir yang terlibat dalam industri pelancongan kerana mereka berpendapat ini akan mengurangkan pelancong dan akan mengurangkan pendapatan mereka. Dan mereka juga berkata, untuk pilihanraya peringkat ketiga nanti mereka akan mengundi untuk parti-parti yang kurang ISLAMIST atau parti-parti yang sekular.







Ini lah revolusi yang rakyat Mesir inginkan rupanya. Rakyat Mesir inginkan perubahan tetapi mereka sendiri masih takut untuk berubah. Yang berubah hanyalah pemerintah. Apabila isi perut mereka terganggu, mereka lupa kenapa mereka melakukan revolusi mereka. Adakah Malaysia juga begitu?Wonder




Source from smh

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com