Home » » Bengong Dowh - World First Youngest Trans-gender

Bengong Dowh - World First Youngest Trans-gender

Posted by docche | Posted in | Posted on 6:02 PM

Hey u all

Masalah trans-gender yang berlaku di Malaysia bukan hanya berlaku di Malaysia tetapi seluruh dunia. Kita pernah mendengar kisah trans-gender di Malaysia tidak berapa lama dahulu tapi adakah kita tahu berapa banyak lagi kisah yang tidak di beri tahu atau di dedahkan. Dan hari ni aku akan cerita kat korang kisah budak yang menukar jantinanya dan dia merupakan budak yang termuda menukar jantinanya di dunia.




Menurut beliau yang memiliki nama Jackie Green, hidupnya sebagai budak lelaki adalah suatu yang tidak boleh diterima dan di tanggung oleh jiwanya. Dia pernah mencuba untuk membunuh diri beberapa kali dan juga pernha mencuba untuk memotong alat kemaluan nya. Tetapi sekarang, beliau yang merupakan remaja termuda pertama yang berjaya merubah jantinanya menjadi perempuan ketika berumur 16 mengaku seronok dengan kehidupan barunya dan mendedahkan kepada umum bahawa dia juga sudah mempunyai teman lelaki.(Apalah nak berlaku kat dunia ni kan)

Beliau yang lahir sebagai budak lelaki bernama Jack sejak kecil lagi sudah berperangai seperti kanak-kanak perempuan. Beliau memakai baju kanak-kanak perempuan dan bermain dengan permainan kanak-kanak perempuan. Beliau sering di ejek dan di ganggu ketika bersekolah yang menyebabkan beliau sering ponteng dari menghadiri waktu persekolahan. Ibunya pernah terfikir yang anaknya ini mungkin akan membesar menjadi seorang 'Gay'. Tetapi apabila meningkat dewasa, setelah percubaan demi percubaan untuk membunuh diri dan mengalami kemurungan, ibu bapa Jackie Green yang telah berpisah bersetuju untuk membenarkan Jackie melakukan pembedahan menukar jantina. Tetapi pembedahan menukar jantina untuk remaja bawah umur hanya boleh di lakukan di Thailand dan ia memakan belanja yang cukup besar iaitu 28 000 pound Inggeris. (GBP 28 000)



Beliau yang sekarang sudah berumur 18 tahun berkata sungguh bangga dengan dirinya dan berterima kasih kepada pembuli-pembuli yang pernah mengganggu nya dahulu. Beliau berkata lagi perbuatan mereka hanya telah menguatkan lagi diri nya dan menjadikan siapa dirinya sekarang.

Bagi aku, kisah Jackie Green ni antara banyak cerita yang pernah kita dengar. Yang berbeza nya, beliau telah berjaya menukar jantina kepada jantina yang menjadi idamannya dan satu lagi beliau bukan la seorang Muslim. Di sebabkan kejahilan aku, aku tidak tahu apa hukum nya merubah jantina bagi seorang Muslim, tapi ini tidak bermaksud aku menyokong perlakuan sebegini. Apa yang telah di anugerahkan ALLAH kepada kita, itu lah yang perlu kita jaga dan hargai.



Source from dailymail.co.uk

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com