Home »
Cool Dowh
»
Cool Dowh - Stesyen Kereta Api/Metro Bawah Tanah Yang Kreatif (8 gambar)
Cool Dowh - Stesyen Kereta Api/Metro Bawah Tanah Yang Kreatif (8 gambar)
Posted by docche | Posted in Cool Dowh | Posted on 6:00 AM
Hey u all
Siapa antara korang pembaca blogdowh tinggal di dalam kawasan Kuala Lumpur atau berhampiran Kuala Lumpur? Jadi sekiranya korang selalu bersiar-siar di Kuala Lumpur ni, aku rasa korang mesti menggunakan LRT kan? Yela, aku rasa sekarang ni, KL tu selalu sangat traffic jam. Dah naik meluat. Ke korang memeang suka terperangkap dalam jam ni. Boleh spend masa lama sikit ngan orang tersayang ek? Selain KL, aku rasa Melaka pun ada monorail kan? Johor ngan Pulau Pinang ada tak? Aku dah lama tak pergi dua negeri ni.
Baru-baru ni pun kerajaan dan mengeluarkan kenyataan untuk menambah rangkaian LRT di sekitar lembah Klang. Bagus betul. Ada satu stesyen di katakan akan di bina berhampiran taman perumahan aku. Lepas ni aku pergi KL naik LRT jele. Malas aku nak drive. Dah la balik Malaysia setahun sekali, bila nak pergi KL je asyik stuck in traffic jam. Adoi! Kat Malaysia, LRT yang mempunyai laluan bawah tanah cume LRT Putra. Itu pun dari stesyen Masjid Jamek hingga stesyen Ampang Park. LRT lain semuanya mempunyai laluan atas tanah.
Kalau korang nak tahu, kat dunia ni banyak LRT atau MRT atau Metro ni di bina di bawah tanah di sebabkan laluan kereta api ni memang dah tak boleh di buat di atas tanah. Mungkin Malaysia tak sanggup nak menanggung kos operasi untuk buat terowong bawah tanah kut. Negara-negara lain yang membuat laluan kereta api bawah tanah ni, mereka mencuba sedaya upaya untuk menggalakkan rakyat mereka menggunakan perkhidamatan ini. Bukan kerana mereka telah membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kemudahan tersebut, tetapi untuk mngurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan seterusnya mengurang kan pembebasan gas-gas beracun ke udara. Dan apa yang mereka buat untuk menggalakkan rakyat-rakyat mereka menggunakan kereta api bawah tanah ni? Jum tengok
Source from 2leep
Post a Comment