Home »
Gila Dowh
»
Gila Dowh - King of The Sea:Superyacht Bernilai 85 Million Pound (5 gambar)
Gila Dowh - King of The Sea:Superyacht Bernilai 85 Million Pound (5 gambar)
Posted by docche | Posted in Gila Dowh | Posted on 11:59 PM
Hey u all
Pernah tak korang naik kapal persiaran? Apa-apa jenis kapal persiaran pun. Aku pernah naik sekali kapal persiaran tapi kapal persiaran yang aku naik bukan la kapal persiaran yang besar seperti kapal persiaran Queen Marry II atau kapal persiaran yang sebesar dan seangkatan dengannya. Kapal persiaran yang aku naik hanya 10 meter panjang dan 5 meter lebar dan sudah berusia lebih 10 tahun
Pertama kali aku tengok gmabar kapal persiaran ni aku tengok macam bentuk kereta. Dua kali tengok pun macam kereta. Lepas dah baca rencana pasal kapal persiaran ni baru aku tahu rupa-rupanya kapal persiara ni di reka dari moden sebuah kereta. Kapal persiaran ni sudah seperti limosin yang terapung. Kapal persiaran yang aku nak beritahu korang ni ialan kapal persiaran 'SOVEREIGN'. "SOVEREIGN' ni direka cipta dari design sebuah limosin yang mana sebuah limosin juga telah di bina khas bersama-sama dengan kapal persiaran ini. Kapal yang hanya boleh di miliki oleh golongan-golongan kayarawan ini berharga sekitar 85 million pound. Dengan 85 million pound, anda bukan sahaja dapat sebuah kapal persiaran, tetapi juga sebuah limosin yang di buat khas bersama dengan kapal persiaran ini.
Kapal persiaran ini di lengkapi dengan perabot-perabot mewah di reka oleh ARMANI. Kapal persiaran ini bukan sahaja mempunyai perabot mewah rekaan ARMANI, tetapi juga mempunyai sebuah helipad kaca yang dikelilingi kolam renang, golfing green, 10 bilik tetamu yang serba mewah, ruang tamu utama, panggung wayang persendirian, kelab dan juga garaj kereta untuk limosin yang di datangkan sekali bersama-sama dengan kapal persiaran ini. Dan sesungguhnya, hanya mereka yang kaya-raya dan sanggup menghabiskan duit mampu membeli dan memiliki 'SOVEREIGN'.
Source from dailymail.co.uk
Post a Comment