Home »
Fact Dowh
»
Fact Dowh - Durex Global Love Rate Poll
Fact Dowh - Durex Global Love Rate Poll
Posted by docche | Posted in Fact Dowh | Posted on 12:00 AM
Hey u all
Korang tahu tak apa tu Durex? Aku tak tahu? Yeke? Betul ke korang pun tak tahu? Okay la, sebab aku berserta korang pun tak tahu, meh aku tahu. Setelah kajian dan googling beberapa ketika, akhirnya boleh la aku katakan bahawa Durex itu ialah satu jenama kondom yang boleh di katakan terkenal di seluruh dunia termasuk la Malaysia. Durex ti di ambil dari "Durability, Realiability and Excellence". Sekarang korang tahu apa itu Durex kan? Takyah buat tak tahu. Okay, Durex ni ada buat satu kajian mengenai penggunaan Durex aka kondom ni di seluruh dunia. Seramai 29 000 lelaki dan perempuan mengambil bahagian. Kajian tersebut menunjukkan bahawa negara mana yang paling banyak menggunakan kondom. Tetapi aku tak nak cerita pasal negara mana yang menang paling ramai guna kondom. aku nak cerita pasal negara mana yang paling ramai pasangan menduakan pasangan masing-masing. Senang cerita those who cheat their partner.
Cuba korang teka negara mana paling banyak pasangan yang dah berkahwin mahupun tidak menipu cheat on each other? Teka la, aku bagi chance. Teka, jangan malu-malu. Nanti korang baca kat bawah lepas korang dah teka.
Okay, korang dapat teka tak? Tak? Okay la, aku bagi tahu korang negara mana yang memepunyai pasangan yang suka main kayu tiga ni. Negara pertama yang memiliki 54% lelaki yang cheat on their wife and not wife adalah Thailand. Korang tengok la sendiri gambar kat bawah, siap ada iklan siapa nak bekerja sebangai kondom tester. Untuk perempuan yang suka main kayu tiga lak, peratusnya ialah 62%. Kalah lelaki woooo.
Negara kedua dengan 34% lelaki yang cheat on their wife and also not wife adalah Korea. Well, tu tak boleh nak di nafikan la. Semua gadis di Korea buat pembedahan plastik nak jadi cantik. Mana lelaki Korea tahan tengok banyak perempuan-perempuan Korea yang cantik-cantik ni banyak sangat. Cair! Cair! Perempuan Korea takde dalam ranking sebab dia orang setia. Huhuhu.
Okay, sekarang saat yang paling mendebarkan. Tempat ketiga dengan peratusan 33% lelaki tidak setia dan 34% perempuan yang tidak setia, negara yang di maksudkan ialah Malaysia. Yeaaaaaaaa. Yeaaaaaaaa. Malaysia dapat tempat ketiga. Bangga dowh. Bukan setakat lelaki kat Malaysia yang tidak setia, malah perempuan nya juga tidak setia. Ni mesti sebab banayk sangat pilihan kondom kat pasaran Malaysia, so kene try semua nya. Hebat dowh Malaysia. So, next time korang nampak ada pasangan yang suka bertukar-tukar pasangan kat Malaysia, dia orang ni sebenarnya nak mencuba je kondom-kondom yang ada kat pasaran tu. Jangan salah anggap, walau pun memang ternyata berdosa untuk orang Islam, tapi bukan orang Islam je duduk kat Malaysia. (Mungkin poll ini di jalankan tanpa pembabitan orang Islam)
Tempat keempat dan kelima negara yang paling banyak pasangan yang tidak setia ialah Russia dan Hong Kong. Lain-lain tempat aku tak pasti. Tapi ni mungkin sceptical. Yela, ni poll yang di jalankan oleh syarikat Durex tersebut, mesti ada bias. Apasal negara yang kecil boleh dapat peratusan yang tinggi tetapi negara yang besar macam USA tu tak tinggi pulak. Sedangkan berapa banyak kes penceraian kat negara-negara seperti USA ni.
Source from chosun
Post a Comment