Home »
Bengong Dowh
»
Bengong Dowh - Pagar Bra di New Zealand (3 gambar)
Bengong Dowh - Pagar Bra di New Zealand (3 gambar)
Posted by docche | Posted in Bengong Dowh | Posted on 12:00 PM
Hey u all
Dunia ni sememangnya suatu tempat yang penuh dengan keajaiban dan kepelikkan. Keajaiban dari pencipta dunia itu sendiri iaitu ALLAH dan kepelikkan dari manusia yang menjadi penghuni dunia ini. Manusia ni selalu melakukan perkara-perkara yang pelik tanpa ada sebab yang munasabah. Dan kadang kala perkara-perkara pelik yang mereka lakuakan ini menjadi ikutan atau menjadi trend kepada orang lain.
Satu tempat di New Zealand telah di namakan Cardrona Bra Fence atau di terjemahkan menjadi pagar bra Cardrona. Sebenarnya pagar ni tiada apa yang ajaib atau pelik. Pagar ini hanya pagar yang memisahkan tanah-tanah pertanian dan penternakan di kawasan tersebut. Tetapi, pada tahun 1999, semua itu berubah apabila 4 bra wanita telah di jumpai tersangkut di pagar tersebut. Tiada siapa yang mengetahui kenapa pemilik 4 bra berkenaan melakuakan perkara tersebut. Mungkin mereka ingin membuat pembedahan trans-gender agaknya.
Berita mengenai kejadian itu telah mendapat liputan meluas. Semakin hari, bilangan bra yang di gantung di pagar tersebut bertambah. Tempat itu juga telah menjadi satu kawasan tarikan pelancong. Ada segelintir penduduk yang berasa tidak senang dengan perlakuan menggantung bra di pagar tersebut telah berusaha untuk mengalihkan bra-bra tersebut dengan alasan ianya akan menggangu tumpuan para pemandu lelaki yang memandu di kawasan tersebut. tetapi dengan bilangan bra yang bertambah dari sehari ke sehari, usaha para penduduk untuk mengalihkan bra-bra tersebut tidak berhasil. Malah satu rekod dunia untuk menjadikan pagar tersebut sebagai pagar bra terpanjang didunia telah di lakukan tetapi gagal. Cuma sejumlah USD 10 000 telah berjaya di kumpul untuk tujuan amal.
Macam-macam sungguh dunia ni. Nak kata tak bertamadun, mereka semua ni mengaku merekalah manusia paling maju dalam dunia ni. Tapi perangai mereka seperti mausia yang tidak mempunyai pelajaran dan akal fikiran.
Source from interesting-amazing-facts
Post a Comment