Home » » Fact Dowh - Perkara Yang Aku Suka Tentang Menjadi Pelajar

Fact Dowh - Perkara Yang Aku Suka Tentang Menjadi Pelajar

Posted by docche | Posted in | Posted on 6:00 PM


Hey u all

Ada tak korang yang membaca blogdowh yang masih belajar, tidak kisah sekolah menengah ataupun kolej. Apa yang korang rasa, seronok atau tidak. Atau korang nak cepat-cepat meningkat dewasa supaya korang boleh keluar dari rumah ibu dan ayah korang dan get your own life. Well, itu terpulang kat korang, setiap orang ada pendapat masing-masing macam mana nak mencorakkan kan kehidupan korang. 

Aku masih lagi seorang student yang sedang belajar di peringkat kolej atau universiti kalau nak rasa glamor sikit. Dan aku masih mempunyai baki 2 tahun setengah sebelum aku menamatkan pengajian aku. Sejak di bangku sekolah menengah, aku rasa zaman persekolahan la yang paling seronok. Tapi bila aku dah meningkat dewasa dan belajar di kolej, aku rasa bukan zaman persekolahan yang seronok tetapi proses pembelajaran itu yang sebenarnya menyeronokkan jikalau kita tahu maknanya lagi-lagi pelajar kolej. Selain itu, aku juga rasa ada beberapa sebab lain yang membuatkan aku suka menjadi pelajar. Kat sini aku nak bagi tahu beberapa sebab mengapa aku cakap aku suka menjadi pelajar.......

1. Duit belanja dapat dari biasiswa, kalau yang tak dapat biasiwa parent bagi duit, kita just guna duit yang di beri untuk bayar segala keperluan kita. Tidak perlu fikir macam mana duit ni boleh terhasil. Ini kene berterima kasih kat pemberi biasiswa dan juga perent.

2. Kalau nak keluar pergi mana-mana, boleh je keluar bila-bila masa. Tapi kalau korang duduk ngan parent korang mungkin susha sikit kut.

3. Macam kat tempat aku belajar ni, nak pergi bersukan atau berjoging waktu malam boleh je kat stadium universiti tu. So, tak kisah la kalau waktu pagi dan petang sibuk, boleh je beriadah waktu malam.

4. Aku duduk rumah sewa, nak tengok segala jenis video, korang cakap je, boleh je tengok. Jangan fikir yang kotor je.

5. Nak pergi lepak rumah kawan then balik esok pagi pun takpe, tak nak balik langsung pun takpe. Ikut suka la sampai kawan halau.

6. Nak makan apa sahaja semua boleh, call je delivery sampai. Tapi makanan yang ibu aku masak lagi sedap. Makanan segera ni bukan elok pun.

7. Tak kena bebel ngan parent kalau tak kemas rumah atau bilik.

8. Boleh tido pukul berapa korang nak dan boleh bangun pukul berapa yang korang suka, takde sapa halang atau marah.

9. Kalau korang kerja sambil korang belajar, korang boleh belanja sendiri. Tapi kalau korang anak yang baik, mesti korang bagi parent korang sedikit kan? Lagi-lagi sekarang ni semua orang rajin berblog untuk dapat duit tambahan. Habis belajar nanti kaya-raya la.



Banyak lagi la, sebab-sebab lain aku suka jadi pelajar ni. Dan aku rasa mesti ada antara korang yang setuju dengan aku. Ada tak antara korang yang dah berkerja yang nak kembali jadi pelajar balik? Jawab cepat.  


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blogdowh is a personal blog in which everything that are written in this blog are based on author personal thought. If there are any writings which were taken from other sources, the author will state the original source of the writings. Any pictures or videos which are found in blogdowh are from author personal sources. Other pictures or videos which are taken from the web or copyrighted will be credited to the original owner.

The author and the owner of blogdowh will not be held responsible for any offensive comments in the comment sections. The author and the owner only responsible for the articles that written under their names only. Interested parties may reproduce or quote materials published in blogdowh with the condition that they are credited to blogdowh

BlogMalaysia.com