Home »
Gila Dowh
»
Gila Dowh - Apa Itu Black Friday (15 gambar)
Gila Dowh - Apa Itu Black Friday (15 gambar)
Posted by docche | Posted in Gila Dowh | Posted on 12:00 PM
Hey u all
Pernah dengar tak pasal Black Friday atau dalam bahasa Melayu nye Jumaat yang hitam? Tak pernah? OK, meh aku cerita sedikit. Black Friday ni sebenarnya ialah hari selepas hari Thanksgiving (kat USA je)yang aku pun tak tau untuk apa hari Thanksgiving ni. Black Friday ni selalunya jatuh pada hari Jumaat selepas hari Khamis minggu ke-empat bulan November. Black Friday ni telah menjadi satu tradisi kepada rakyat USA sebelum bermulanya musim karnival beli belah Krismas di USA.
Hari Black Friday ni merupakan hari bershoping yang paling sibuk di USA. Ada dua teori tentang bermulanya sejarah Black Friday ni. Teori pertama menyatakan bahawa hari selepas hari Thanksgiving ni selalunya menybabkan jalan raya penuh sesak di sebabkan ramai orang balik ke kampung masing-masing (tu andaian aku je pasal balik kampung ni), jalan raya yang penuh sesak dengan beribu kenderaan meninggalkan kesan hitam di atas jalan raya dan itu menyebabkan mereka memanggil Black Friday. Teori kedua pula menyatakan bahawa orang dahulu-dahulu merekodkan akaun perniagaan mereka dengan penggunaan warna yang berbeza, warna merah untuk rugi dan warna hiitam untuk untung. Sebab itu mereka memanggil Black Friday dengan harapan mereka akan memperoleh keuntungan dari penjualan pada hari Jumaat tersebut.
Kebanyakkan penduduk USA mengambil cuti pada hari Black Friday ni untuk mengambil kesempatan hari cuti yang panjang sehingga hujung minggu. Ada yang mengambil kesempatan mengunjungi ahli keluarga yang jauh, pergi bercuti atau hanya meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Ada pula yang mengambil kesempatan bershoping untuk Krismas pada bulan Disember.
Hari Black Friday untuk tahun ni telah pun berlangsung pada tanggal 25 November yang lalu. Ada kedai yang telah membuka kedai seawal pukul 4 pagi untuk menerima jumlah pelanggan yang amat mega ramainya. Penduduk USA pula ada yang sanggup menunggu, berkhemah sehari sebelum hari Black Friday di hadapan kedai-kedai hanya untuk bershoping barang-barang yang murah. Kalau la Black Friday ni ada kat Malaysia, bagaimana la keadaan nya pulak kan? Dan apakah nama khas yang penduduk Malaysia akan gelarkan hari Jumaat tersebut? Adakah Friday Sale atau Crazy Friday atau entahla, aku pun tak tau. Kat bawah ni ada sedikit gambar sempena hari Black Friday.
Korang nampak the madness of Black Friday. Ni kat USA, kalau semua negara lain ada Black Friday termasuk la Malaysia, entah apa la akan terjadi.
Source from globalpost
Post a Comment